TUJUAN DAN MATLAMAT

TUJUAN DAN MATLAMAT PENUBUHAN

1.        Menghubungi dan menyatukan kembali rakan-rakan seperjuangan bekas-bekas anggota Kor Risik Diraja (KRD), balu-balu bekas anggota KRD, bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan bekas anggota awam yang pernah berkhidmat dengan KRD di bawah satu organisasi.

2.        Merapatkan tali silaturrahim dan semangat setiakawan melalui aktiviti-aktiviti yang akan dirancang semoga jalinan persahabatan ini akan mengujudkan "net working" yang mana boleh memberi manfaat kepada sesama ahli dari pelbagai aspek.

3.        Menggalak serta mengeratkan lagi kerjasama serta perpaduan di antara bekas-bekas anggota Kor Risik Diraja (KRD).

4.        Menghulurkan bantuan setakat termampu bagi meringankan beban ahli-ahli serta tanggungan mereka yang mengalami masalah ketara dari segi kebajikan, sosial, persekolahan anak-anak dan sebagainya.

5.        Mengeratkan hubungan serta kerjasama dengan Kor Risik Diraja (KRD) agar kedua-dua belah pihak akan beroleh manfaat darinya.