KEAHLIAN

SYARAT-SYARAT MENJADI AHLI


1. AHLI BIASA
a. Semua bekas pegawai/anggota Kor Risik Diraja (KRD).
b. Semua balu kepada ahli-ahli yang telah meninggal dunia. (mengambil alih keahlian suami yang meninggal)
c. Semua bekas pegawai/anggota tumpangan dari kor-kor lain yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun bersama KRD.
d. Semua balu kepada bekas pegawai/anggota di perenggan 1.a. dan 1.c. dimana permohonan untuk menjadi ahli tidak dikenakan sebarang yuran keahlian dan layak menjadi Ahli Seumur Hidup.
e. Semua bekas pegawai/anggota di perenggan 1a. dan 1.c yang kurang upaya (OKU). Permohonan untuk menjadi ahli adalah tidak dikenakan sebarang yuran keahlian dan layak menjadi Ahli Seumur Hidup.

2. AHLI BERSEKUTU. Keahlian adalah terbuka kepada semua bekas pegawai/anggota ATM dan anggota awam yang pernah berkhidmat dengan KRD selama tidak kurang dari 24 bulan (dua puluh empat bulan). Mereka boleh menikmati semua kemudahan Kelab tetapi tidak layak untuk memegang sebarang jawatan dan tidak mempunyai hak untuk mengundi.

3. AHLI SEUMUR HIDUP. Ahli Biasa dan Ahli Bersekutu yang telah diterima keahliannya serta telah membayar yuran yang ditetapkan untuk keahlian seumur hidup. Balu kepada pegawai/anggota KRD dan tumpangan melebihi 10 tahun serta bekas pegawai/anggota KRD kurang upaya layak untuk menjadi Ahli Seumur Hidup secara automatik sekiranya memohon.

4. PERMOHONAN MENJADI AHLI. Semua permohonan hendaklah dengan mengisi satu salinan borang yang disediakan (Borang untuk menjadi ahli boleh di muat turun dari lama yang terdapat di blog ini) . Sila setakan 2 keping gambar berukuran passport dan satu salinan fotostat kad pengenalan depan belakang serta bayaran yuran keahlian yang telah ditetapkan. (Balu kepada pegawai/anggota KRD serta tumpangan melebihi 10 tahun sila kepilkan bersama salinan Buku Pengesahan Perkhidmatan bekas suami tanpa bayaran yuran). Borang yang telah diisi hendaklah dimajukan kepada Setiausaha KVRM di alamat yang dinyatakan untuk kelulusan Ahli Jawatankuasa.

5. BAYARAN MASUK DAN YURAN AHLI.

a. Bayaran Pendaftaran masuk - RM 5.00 (RM Lima ringgit sahaja)
b. Ahli Biasa/Bersekutu - RM 10.00 (RM Sepuluh sahaja) bagi setahun. Bayaran yuran untuk memperbaharui keahlian hendaklah dijelaskan dalam tempoh 10 hari setiap awal tahun.
c. Ahli Seumur Hidup - Ahli Biasa dan Bersekutu yang ingin menjadi Ahli Seumur Hidup dikenakan bayaran sebanyak RM 60.00 (RM Enam puluh sahaja)